lawatan seni budaya Kelantan dan Terengganu.

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya ucapkan kepada pembaca. Nama saya Adlyna Joonainee binti Mohd Aizam dan disini, saya akan menceritakan tentang percutian saya. 

Pada cuti sekolah akhir tahun lalu, saya sekeluarga pulang ke kampung di Pasir Puteh, Kelantan, untuk melawat datuk dan nenek di sana. Saya sudah memberi tahu ibu bapa saya yang saya ingin melihat seni budaya di Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, kami telah melayari beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi. 

Baiklah, tempat pertama yang telah saya kunjungi adalah muzium ukiran kayu Terengganu di Kampung Raja, Besut.

muzium ini tidaklah terlalu besar tetapi setiap hasil ukiran kayu yang dipamerkan di dalam amat banyak. Terdapat tiga rumah tradisional Melayu di dalam.

Sebenarnya, hanya dua daripada tiga rumah tersebut mempamerkan hasil ukiran kayu manakala satu lagi adalah pejabat tetapi walau apapun saya tetap puas hati ketika berkunjung ke sana :)


di atas adalah hasil-hasil ukiran kayu yang terdapat di muzium tersebut. Saya telah membuat sedikit kajian tentang sejarah ukiran kayu di Terengganu dan Kelantan(serta Kedah) dan saya dapati bahawa seni ukiran kayu di tempat-tempat ini dipengaruh dengan motif ukiran Siam. Ini kerana negeri-negeri ini terletak berhampiran negara Thailand dan pernah di bawah pengaruh Siam. Corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam.

Seterusnya, saya ke Kampung Kraftangan, Kota Bharu. 


Dibelakang saya itulah muzium yang mempamerkan pelbagai jenis seni budaya Kelantan. Contohnya, baju-baju tradisional diraja, alat pembuatan tikar dan juga alat-alat mengukir kayu.






Di sini terdapat juga kelas-kelas membuat batik, melukis dan menjahit. Saya hanya berpeluang untuk menghasilkan sebuah corak batik. Saya sangat menyukai corak yang saya hasilkan walaupun ia tidaklah sempurna.


Selepas itu, saya terlihat ada sebuah kedai lukisan cat minyak. Saya amat meminati ilustrasi seperti ini dan ia menarik perhatian saya. Pekerja di situ mengatakan ada yang dijual dan ada juga yang ditempah oleh orang luar. Saya hanya mampu melihat lukisan-lukisan yang dihasilkan dengan penuh harapan saya juga pandai menghasilkan lukisan realistik seperti itu.


Selepas berkunjung ke Kampung Kraftangan, saya ke Muzium Diraja Istana Batu yang terletak bersebelahan. Sama seperti Muzium Diraja yang terletak di Istana Negara Lama, ia juga merupakan istana yang pernah dihuni oleh kerabat diraja. Istana ini sebenarnya merupakan hadiah perkahwinan Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV kepada anak saudaranya Sultan Yahya Petra. Kemudian diturunkan anaknya dan barulah istana itu diberikan kepada kerajaan Kelantan untuk dijadikan sebuah muzium.


di atas merupakan bunga emas yang diberikan oleh negara Thailand sebagai tanda persahabatan untuk mengekalkan hubungan yang baik.




berikut saya telah mengambil gambar bilik-bilik tidur permaisuri, raja dan anak-anaknya...






memang terdapat banyak kabinet-kabinet yang mempamerkan perhiasan yang dimiliki kerabat diraja suatu ketika dahulu. Malah, dapurnya telah ditukar menjadi bilik hadiah dimana segala hadiah yang diterima oleh sultan daripada seluruh negara serta luar negara.





selepas seharian berjalan ke dua buah negeri, kami pun pulang ke rumah datuk dan nenek. Ini lah perjalanan yang banyak memberi saya pengajaran tentang seni budaya dan adat di sini. Saya amat berpuas hati dan berasa seronok dapat mengambil banyak gambar. Saya minta maaf jika tersalah bahasa atau isi saya terlalu sedikit, saya tak tahu nak tambah apa lagi di sini haha tetapi saya berharap pembaca juga boleh belajar sesuatu dari sini walaupun tidak banyak...

Comments

  1. Wah! Blog awak sangat menarik dan saya ingin kesana dan merasai pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Wah, perkongsian yang sangat berguna dan menarik. Pastinya pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

    ReplyDelete
  3. wah sungguh menarik perkongsian anda!

    ReplyDelete
  4. Wahhh!!Menarik sungguh blog yang anda hasilkan ini..☺️๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  5. blog yang sangat menarikk saya amat menyukainyaaa

    ReplyDelete
  6. Wah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.

    ReplyDelete
  7. Blog anda sangat memberi inspirasi kepada saya untuk menulis blog secantik dan sehebat anda.Terima kasih atas perkongsian anda!

    ReplyDelete
  8. Menariknyaa! Saya pasti para pelancong akan tertarik dengan muzium-muzium tersebut!!

    ReplyDelete
  9. Wah,seronoknya! Saya juga berharap dapat ke Kelantan pada masa percutian yg akan datang. Terima kasih atas perkongsian:))

    ReplyDelete
  10. Saya amat suka akan perkongsian anda. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat ini selepas melihat kegembiraan anda di sana.

    ReplyDelete
  11. Blog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog untuk memacu industri pelancongan negara.

    ReplyDelete
  12. Pengalaman percutian yang sangat berilmu! Sambil bercuti sambil mengais pengetahuan walaupun ia kecil. Syabas kepada penulis!

    ReplyDelete
  13. Wah!!!๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ
    Saat daku membaca nukilan maya ini,bibirku tersenyum lebar,hati berasa kagum membuak-buak.Memandangkan saya merupakan seorang pencinta adat dan budaya,saya kagum melihat hasil penulisan anda,sudahlah cerita yang terperinci,Banyak gambar pula ...SYABAS!!!๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  14. Wah๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ Menarik sekali blog yang dihasilkan ini! Saya teringin mahu ke sana kerana gambar-gambar yang anda rakamkan sangatlah jelas dan menarik. Saya berasa kagum kerana masih ada muzium yang menyimpan sejarah adat istiadat dan barang-barang ini. Terima kasih kerana berkongsi๐ŸŒบ

    ReplyDelete
  15. Wah! Seronoknya saudari berpeluang melawat tempat tempat seni dan budaya seperti ini. Tentu seronok melihat barang-barang bersejarah itu.Saya juga ingin ke sana suatu hari nanti!

    ReplyDelete
  16. Percutian yang sangat menyeronokkan . Tambahan pula , penceritaan saudari cukup jelas dan mudah difahami . Saudari amat beruntung kerana dapat menerokai negeri Terengganu . Saya berharap agar dapat merasai pengalaman bercuti di Terengganu juga . Syabas !

    ReplyDelete
  17. Wahh! Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehabatan anda dalam mengarang ayat. Tahniahh

    ReplyDelete
  18. Wah, seronoknya saudari kerana berpeluang melawat tempat bersejarah! Saya amat berharap dapat menjejakkan kaki ke sana. Tambahan pula, blog ini sangat mengujakan kerana penggunaan bahasa yang santai tetapi mudah difahami serta gambar gambar yang disertakan amat menarik. Terima kasih atas perkongsian saudari ini.

    ReplyDelete
  19. Wahh,cantik sungguh hasil-hasil seni yang ada di sana! Tentu seronok dapat mempelajari sejarah yang menarik :D

    ReplyDelete
  20. Teruja sekali saya membaca blog awak ini . Ia membuatkan saya tertarik tentang warisan-warisan yang ada di Malaysia ini . Terima kasih atas perkongsian awak yang bermanfaat ini .

    ReplyDelete
  21. Wah, menarik sungguh peninggalan yang ada di sana! Saya berharap dapat ke sana pada cuti sekolah akan datang. Terima kasih atas perkongsian yang bermaklumat ini.

    ReplyDelete
  22. Saya berasa sangat seronok ketika membaca blog ini kerana terdapat banyak gambar :) Terima kasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  23. Saya sangat teruja membaca blog ini serta melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam bog anda ini. Saya berharap agar saya juga dapat pergi ke Kelantan suatu hari nanti. Amin.๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  24. Blog yang sangat menarik untuk dibaca oleh orang ramai kerana mengandungi ayat gramatis dan gambar-gambar yang menarik.Penceritaan pengalaman anda membuatkan saya ingin berkunjung ke sana.Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  25. Wah, percutian anda di Kelantan ini memang menyeronokkan! Walaupun saya selalu ke negeri Kelantan untuk pulang ke kampung halaman, saya masih tidak berpeluang untuk berkunjung ke tempat seperti muzium ini. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  26. Kedua-dua negeri ini mempunyai loghat yang tersendiri. saya amat suka blog anda kerana lengkap dengan aktiviti yang menyeronokkan

    ReplyDelete
  27. Wah!!! Seronoknya pergi melawat ke Kelantan!!! Sapu pun mahu melawat ke Kelantan juga ! Disana terdapat banyak makanan-makanan dan barang-barang yang jarang kita temui.

    ReplyDelete
  28. Wah,menariknya blog saudari!!Cara penulisan yang mudah difahami dan gambar-gambar yang disertakan menarik minat saya untuk bercuti di Terengganu.Terima kasih atas perkongsian saudari.

    ReplyDelete
  29. terima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.

    ReplyDelete
  30. Penulisan blog yang menarik....saya akan pergi ke sana nanti..

    ReplyDelete
  31. Saya amat suka akan perkongsian blog anda. Percutian anda di Kelantan juga kelihatan sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  32. Wah, seronoknya saudari kerana berpeluang melawat tempat bersejarah! Saya amat berharap dapat menjejakkan kaki ke sana. Tambahan pula, blog ini sangat mengujakan kerana penggunaan bahasa yang santai tetapi mudah difahami serta gambar gambar yang disertakan amat menarik. Terima kasih atas perkongsian saudari ini.

    ReplyDelete
  33. Wahh, beruntungnya saudari berpeluang untuk melawat tempat yang penuh sejarah, adat dan budaya!! Penggunaan bahasa yang santai membuatkan saya mudah memahami isi blog saudari.

    ReplyDelete
  34. Saya amat suka akan perkongsian blog anda. Percutian anda di Kelantan juga kelihatan sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete

Post a Comment